Sunday, 25 March 2012

KODAK telah diKOTAKkan akhirnya.



Pencipta 'pilem hantu' - Mr George Eastman

< As salam >
'Nak beli KODAK 18,satu gulung' itulah 'ayat2 cinta' seketika dulu jika pergi ke kedai cuci gambar mase dolu2... tak kisah lah wlpun yg dihulurkan 'kodak' berjenama FUJI oleh amoi kat kedai tuhh..Orang tetap panggil KODAK wlpun jenama yg berbeza spt kita dah biasa panggil ubat gigi  'colgate' tak kisah ler jenama Darlie, Pepsodent,Morning Kiss,Codomo Lion atau ape2 ajer, tetap dipanggil 'colgate'..Hebatnya jenama KODAK ini yang dikenali seluruh dunia.

Hari ini syarikat gergasi KODAK telah diisytiharkan 'bankrup' setelah menguasai pasaran dunia industri fotografi sejak 131 tahun lamanya.Syarikat KODAK telah ditubuhkan pada tahun 1881 oleh pengasas atau pencipta 'pilem hantu' ini oleh Mr George Eastman di Amerika Syarikat.Syarikat KODAK adalah perintis dan pencetus kpd idea dan inovasi baru dalam bidang industri fotografi.Terkenal dengan slogan " You press the button, We do the rest " ketika mula2 sekali kamera diperkenalkan pada tahun 1888.KODAK berterusan menghasilkan produk yang berinovasi antaranya;
1981 - Peserta awal dlm gerakan kamera digital pro, dimana wartawan boleh mengambil gambar                     elektronik dgn kemera pengesan 1.3 Megapiksel.
1929 - Berjaya menghasilkan gulungan filem pengambaran yang mampu merakam filem dengan suara.
1935 - Berjaya memperkenalkan filem kodachrome yg mampu merakam gambar berwarna.
1963- Berjaya memperkenalkan kamera 'instamatic' yg  digunakan  org biasa dan kanak2 dimana boleh merakam gambar secara mudah melalui kaedah 'point & shoot'.
1975 - Berjaya menghasilkan kamera digital yang pertama di dunia.
1997 - Melancarkan laman web yang memboleh pengguna memuat-naik gambar dan berkongsi dengan pengguna lain.

Malah ramai tidak menyedari bahawa kamera dan filem KODAK telah digunakan untuk mengambil gambar yang pertama dibulan pada tahun 1969.

Namun, mengapa syarikat gergasi KODAK yang pernah menguasai 90% pasaran filem dan kamera di Amerika Syarikat boleh ditinggal jauh oleh pesaing2nya dalam industri kamera digital?????.dan akhirnya tersungkur layu.

Terdapat 2 faktor utama mengapa mereka gagal kekal dalam persaingan perniagaan global dalam industri fotografi dan seterusnya terpaksa diisytihar 'bankrup' pada awal tahun 2012...Penganalisa ekonomi berpendapat antara sebab2nya ialah :
Pertama - TIDAK BERANI BERUBAH
Inilah penyumbang utama kegagalan dimana syarikat gergasi KODAK tidak berani berubah untuk menukarkan strategi pemasaran mereka mengikut permintaan pasaran pengguna seluruh dunia yang lebih berminat untuk menggunakan kamera Digital berbanding kamera yg menggunakan 'pilem hantu' KODAK.Ini menyebabkan pesaing2 mereka mengambil kesempatan seperti syarikat SONY dan CANON telah mengambil peluang membuat pelaburan yg besar dalam pembangunan kamera Digital.Dimana syarikat KODAK masih  lagi 'berdegil' dan mahu untuk kekal fokus dalam penjualan gulungan filem jenama KODAK yang merupakan sumbangan utama pendapatan syarikat dan terus mengabaikan kepada pembangunan kamera Digital.Pengurusan tertinggi berpendapat kalau mereka memberi fokus kpd pembangunan kamera Digital akan melibatkan kerugian dalam penjualan gulungan filem dan kertas cetakan KODAK.Akhirnya pendapat mereka SALAH !!!!!! Nasi dah jadi bubur, sudah terlambat.

Faktor ke-2 - TAKUT RUGI BESAR.
Kedua - dua produk iaitu gulungan filem dan kertas cetakan  telah memberi margin keuntungan melebihi 80% pada masa itu dan KODAK tidak sanggup mengorbankan margin keuntungan yang sgt2 besar utk melabur dalam pembangunan kamera Digital dan wlpun mereka menyedari kamera Digital mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan utama kpd syarikat KODAK.Kesilapan KODAK yang tidak sanggup berkorban yang masih menumpukan kpd perniagaan pengeluaran produk semata - mata telah menyebabkan mereka gagal memahami kehendak selera semasa pengguna2 yg sentiasa dahagakan pembaharuan.Pengguna2 diseluruh dunia lebih selesa mengguna kamera Digital tanpa bantuan ' pilem hantu' KODAK tuh.

Fotografi secara digital adlh mengenai kebebasan pengguna untuk ingin mencetak gambar atau menyimpan secara digital.Dan realitinya pengguna mempunyai pilihan atau lebih suka berkongsi kenangan bergambar melalui media terkini seperti facebook,email,website dll.Era 'cuci gambar' utk disimpan didalam album sudah berakhir.Kegagalan KODAK berubah mengikut perubahan semasa dan berasa selesa ( complacent) dgn kedudukan mereka mengakibatkan jenama KODAK yg telah bertahan lebih 131 tahun dlm industri fotografi kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah.Akhirnya KODAK telah diKOTAKkan...Zalim bukan dunia sekarang...Fikir2kan lah..

So, pengajaran yang boleh diambil dan dihubungkait dengan kehidupan kita dengan cerita SI KODAK ini ialah :
Pertama : Kita perlu sentiasa PEKA dan BERANI BERUBAH bila2 masa mengikut perkembangan peredaran zaman yang semakin pantas bergerak mencakupi sosial komuniti,aktiviti2 kehidupan keluarga,sosio ekonomi,ilmu pengetahuan,kos sara hidup tinggi,kos kesihatan,kos pendidikan dan sebagainya.Jangan mudah berasa selesa dengan apa yg kita ada sekarang, sebab satu hari nanti takut2 kita akan berada didalam golongan yg tidak relevan dgn masyarakat sekeliling.Kalau ada seorang BOSS di pejabat,ingatlah satu hari nanti akan ada org akan menjadi BOSS kpd anda, jika anda seorang pemimpin masyarakat, pasti satu hari nanti ada org bawah yg lebih hebat bakal menggantikan tempat anda.Kalau anda seorang SURIRUMAH, anda mampu utk berubah menjadi Usahawanita yg berjaya jika anda mempunyai sikap atau pemikiran yg PEKA dan BERANI BERUBAH ke arah lebih baik dan lebih baik dan lebih baik lagi.Jangan terlalu selesa dgn jawatan anda sekarang.Hari ini anda JUARA, esok anda JUARA , mungkin lusa anda bukan JUARA lagi!

Ke-2-Perlu pengorbanan yang besar utk berubah, berani melabur masa, tenaga dan Wang Ringgit utk mencapai sesuatu yang lebih baik dlm kehidupan.Kalau anda bergaji RM 10,000 sekarang, mungkin 5-10 tahun dari skrg RM 10,000 tidak cukup utk anda menampung kehidupan anda sekeluarga.Jangan sesekali bersikap 'aku dah cukup apa yg ada, dah selesa dah,cukup2 makan pun dah ok, cukup dpt gaji sudahlah'.Jika berfikiran seperti itu anda bersikap self-fish dan zalim kpd diri sendiri dan keluarga.Apa yg anda usaha hari ini amat penting utk anda wariskan kepada generasi2 anda seterusnya.Ingatlah zaman yg kehadapan lagi mencabar bagi anak2 kita utk 'survive' dlm kehidupan.Jangan tinggalkan mereka sebagai generasi yg bankrup!Klu makan gaji,cpt2 lah berfikir dan bertindak memulakan sesuatu perniagaan tak semesti perlu modal yang besar, mulakan dgn  modal yang anda ada( Nabi Muhammad SAW pernah berkata 9/10 rezeki dtg drpd perniagaan).
Seperti syarikat KODAK yg pernah meraih jualan berpuluh - puluh billion satu ketika akhirnya tinggal 'eelekk pok ceek' sekarang, sebab mereka ingat akan jadi JUARA selama2nya konon.

So bertindaklah sekarang demi masa depan anda dan keluarga...Klu anda tidak BERANI BERUBAH, pasti satu hari nanti anda akan 'DIUBAH'.Dunia masa hadapan amat sesuai dihuni oleh mereka yg PEKA dan BERANI BERUBAH dengan perubahan sekeliling..
 so bertindaklah segera.

Sekian, semoga kita bertemu lagi di lain coretan.

Today Malaysia! Tomorrow the World!
Dprd: KING ASRI MALAYA ( 0173958954 or asri7773@gmail.com or www.newimagebiz.com







No comments:

Post a Comment