Sunday, 11 March 2012

Ir Aishah Sanai bertemu jodoh dengan Pengarah filem Osman Ali













"Walaupun kami dalam dua bidang yang berbeza, saya di filem dan dia dalam bidang kejuruteraan tetapi kerana ada keserasian tersebut kita mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Saya rasa itulah jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. Sangat menarik bila kita saling berkongsi pengalaman masing-masing dalam kerjaya masing-masing. Dia juga banyak sokong kerjaya saya. Setiap kali ada idea baru untuk menghasilkan filem, saya akan berbincang dengannya. Dia banyak menyokong saya." petikan kata2 pengarah Box office filem Ombak Rindu, Osman Ali.


< As SALAM SEMUA >
Didahulukan, saya ingin mengucapkan Selamat diijabkabulkan & Selamat Pengantin Baru  kepada sahabat saya semasa belajar sama2 di UTM dulu , Pn AISHAH SANAI dengan pasangan beliau En OSMAN ALI seorang pengarah filem yang terkenal , pemenang Pengarah Terbaik Anugerah Skrin 2011, pengarah filem 'BOX OFFICE'  OMBAK RINDU  dengan ucapan Semoga berbahagia &  berkekalan sehingga akhir hayat. AMEENNNNNN..


Kali ini saya tak mahu menceloteh panjang lebar dimana saya akan membiarkan gambar-gambar yang dipaparkan diatas  dapat menceritakan segala-galanya tentang detik-detik manis sahabat saya ini.Aishah Sanai atau lebih dikenali sebagai nama gelaran Kak Long dikalangan adik beradik 69 sepusat sepusing,bapak lain2, mak asing2 seorang cukup periang dan 'cukup sopan santun' bila bertemu didalam majlis adik beradik 69.. Hahahaa tersenyum saya seketika sekejap, teringat satu kisah 'lucu yg menyayat hati' ketika satu majlis Re-Union berbuka puasa  setahun dua lepas. Kesian isteri saya ye, Roky 'disoalsiat' oleh Kak long bersama adik beradik perempuan yang lain Kak Chik, Kak Su siapakah gerangan saya sebenarnya yang begitu 'handsome' setelah beberapa lama tak bertemu sejak tamat pengajian di UTM dulu...mereka dah tak kenal saya tetapi 'memori daun pisang' saya masih buleh cam mereka.. hahahahahahah lucu mengingat kisah lame.... tapi we all tak marah pun wlpun hampir2 'diusir' oleh MP tentera.... hahahahahahahaha. kelakar gile beb.



Selain drpd Kak long( Ir Aishah Sanai ), Kak chik ( Ir Masrul Shafina ), Kak su( Ir Justcall Mimi- name sebenar dirahsiakan) geng adik beradik 69 juga mempunyai adik beradik lain iaitu Ateh( Norazlin Nordin - Ironlady & Usahawanita) , Abg long( Ir Redzuan Ahmad ) , Abg Angah( Chief Inspektor Tuan Pilot Mohd Syukri, Alang ( Ir Mohd Izzat Salo Abdullah), Dik su ( Ir Ahmad Shahrir Amin ), Kak uda ( Pendidik cemerlang Pn Rohaya Ghani ) dan saya juga dikenali sebagai Abg Tuah a.k.a King Asri Malaya, kalau bertemu memang riuh rendah.Begitulah serba sedikit susur galur kami semua.



AKHIR kata sekali lagi mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada mempelai AISHAH SANAI &  OSMAN ALI.






#### Terima kasih kpd Anna Norhikdmi atas sumbagan ikhlas tak ternilai ini.


SEKIAN.RATREE SAWAD. KOB KHUN KRAP.



King Asri Malaya ( 0173958954/ asri7773@gmail.com )






No comments:

Post a Comment