Thursday, 1 March 2012

Asri Malaya bergelar sebagai anak yatim.

Tanggal 4hb Nov 1986 adalah titik hitam dalam sejarah riwayat aku, bapa kesayangan telah pulang ke rahmatullah selepas solat Asar..Bermula kehidupan aku sebagai anak yatim ketika usia baru  menjangkau 13 tahun bersama 4 orang adik beradik yang lain. ( yg ke- 2 berumur 12thn, ke-3 berumur 9thn, ke-4 berumur 5thn dan paling bongsu berumur 9bulan yang masih menyusu badan ibu)..Ibu aku seorang yang sangat cekal dan tabah dalam mengharungi  liku2 kehidupan dalam membesar anak2nya. Terima kasih ibu!..Kehidupan sangat susah kerana umpama 'kais pagi", makan pagi, 'kais petang', makan petang, klu x kais malam, x makan la.sumber rezeki utama hasil daripada kebun getah tinggalan bapaku yang pokoknya telah berusia lebih 20 tahun...Kalau hujan, abis dahhhh.. x makan ler..kekadang sebelum ke sekolah sebelah pagi, se awal 4 pagi sudah trun ke kebun menemani ibu aku menoreh.. kalu org bengkulu kecek : " nakik"..hahahaha...bulan syawal paling menyayat hati...esok raye, hari ni masuk kebun kutip "bola2 getah, raye ke -2 dah pegi " nakik" lagi...sdgkan sepupu sepapat masih bergumbira di hari raye....byk kenagan pahit maung menjadi anak yatim tetapi aku x pernah mnyesal kerana ini sume sdh suratan takdir...GUA REDHA... mmg ade hikmat disebaliknye.. aku masih ingat! klu aku susah, pasti ramai  lagi diluar sana yg lebih susah... sedikit coretan Anak yatim bergelar Asri Malaya!!!

2 comments: