Saturday, 10 March 2012

Menyingkap sejarah lebuhraya bertol pertama Tanah Malaya dan Asia

< As salam >
Bertemu kembali, hari ini saya sungguh gembira kerana seorang sahabat sama2 belajar dolu2 mase kat U telah selamat diijabkabulkan di kampung halaman , kisah beliau bakal saya akan berkongsi pada esok & lusa, nantikan coretan saya seterusnya.Insyallah esok satu Malaya pasti akan keluar TV or paper kisah beliau. Tunggguuuuuu....
Ok, hari ni sedang syok berfb ternampak satu foto yg dipost oleh Pak Penakan Bengkulu saya, iaitu Haji Sahab Daib atau dikenali sbg ' Wak Sahab'. ( Wak > antara nama panggilan hormat utk bapa saudara dlm bahaso bengkulu ) mengenai satu tajuk ' Menyingkap sejarah lebuhraya '. wowwww..

Tiba2 teringat kisah saya masa kecil2 dolu dibawa oleh arwah BAK ( bapa > bahaso bengkulu ) membonceng motosikal setiap kali berulang-alik ke pekan Slim River, pasti kena lalu kawasan ini.
Al kisahnya begini, lebuhraya bertol Tanjung Malim - Slim River yang mempunyai  2 lorong sepanjang 20km dibina pada tahun 1964, siap dibuka pada tahun 1966 merupakan lebuhraya bertol PERTAMA di Tanah Malaya dan ASIA tapi sekarang rumah tol tu dh dirobohkan pun. Fuyooooo dasyat tu bangga sekejap jadi anak jati Tg. Malim tetapi last sekali yg tak bestnya, inilah satu2nya jalan diselatan Perak dalam  jajaran Lebuhraya Persekutuan 1 yg belum dinaiktarafkan ke 4 lorong sedangkan jalan Slim - River - Bidor - Tapah telah pun dinaiktaraf ke 4 lorong.Apa sudah jadi?? harap2 dpt diberi perhatian sewajar oleh pihak yg berkenaan sebaik mungkin.Kisah ini pernah diutarakan didlm Dewan Rakyat baru2 ini kalau tak silap saya arr oleh MP Tg Malim YB Dato' Seri Ong Kaa Chuan ( brother kpd YB Tan Sri Ong Kaa Ting - bekas Menteri Pengangkutan) mrgkap MENTERI Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia skrg kepada YB Dato' Seri Shaziman Mansur  yang jaga hal ehwal Kem. KerjaRaya )..kalau dilihat senarai nama MP2 ini,hebat2 belaka dan jaga hal ehwal yg bersangkut paut dgn kemudahan rakyat.. Insyallah harap2 dptlah 'naiktaraf' scpt mungkin ya.
Sejarah jgn dilupakan, jasa lebuhraya bertol pertama di Tanah Malaya & ASIA yg pernah menyumbang kantung ekonomi negara satu ketika dahulu dpt dibalas sebaik mungkin, Insyallah.

Dulu semasa tol ini masih beroperasi, semua jenis kenderaan yg lalu kena bayar tol spt kereta, lori, bas dan lain2 termasuk motorsikal( klu x silap motorsikal kena bayor 20 sen sekali lalu) kecuali basikal jer FREE.. Heeeeheeee.dan banyak 'roadblock' pulak tu sebelum dan selepas rumah tol.
Teringat lagi arwah BAK bawa saya dan seorang adik, membonceng motosikal bertiga utk elakkan kena tahan oleh 'bapak polisi' kami melalui satu jalan pintas kt tanah perkuburan kg Balun berhampiran dgn rumah tol, setiap kali lalu kat situ, saya dan adik siap penjam2 biji mata sbb takut nampak kubur!! Bila arwah BAK kata buka biji mata, barulah kami buka.. Heeeeeheeee zaman penakut waktu tu...byk lagi arrr kisah silam kt situ tpi cukup dulu skdar ini saje, takut2 byk terbocor rahsia nnti..

Akhir sekali saya ucapankan terima kasih banyak2 kpd Wak Sahab kerana gambar keratan  akhbar diatas telah 'dicilok' oleh saya. Terima kasih sekali lagi. 'Uwang Kite Gale"..

sekian, Wassalammu


from : King Asri Malaya ( 0173958954/asri7773@gmail.com)





No comments:

Post a Comment